Sebelum PRU12 Anuar telah memberi ingatan bahawa sekiranya BN menang dan memerintah semula, harga minyak diesel dan petrol akan naik. Apabila media mengajukan soalan ini kpd pemimpin BN, mereka menafikan akan perkara itu untuk mengelak daripada sokongan pengundi terhadap parti itu akan terjejas. Akhirnya, apabila ditanya bertubi-tubi, mereka berkata;" sekiranya tidak dapat dielak, kemungkinan ada sedikit kenaikan tetapi tidak membebankan rakyat". Ini berlainan nada dan cara menjawab soalan yang serupa ketika kerajaan BN masih kuat; " kenaikan ini tidak dapat dielak dan rakyat perlu memahaminya dan seterusnya menerima saja dengan hati yang terbuka". Perkataan " tidak dapat dielak" itu adalah senjata pemimpin BN untuk memaksa rakyat menerima keputusan kerajaan itu.
Anuar telah tahu sebenarnya agenda tersembunyi BN itu; iaitu untuk menutup defisit belanjawan 2009, harga minyak mesti dinaikkan. Sangat tepat dan menjadi kenyataan apa yang Anuar telah peringatkan ketika kempen PRU12. Ada yang percaya dan tidak kurang juga yang tidak percaya terutama penyokong fanatik BN, dan akhirnya harga minyak mula naik walaupun dibantah oleh pihak pembangkang dan beberapa NGO yang lain. Apa yang lebih memeranjatkan, kenaikan harga minyak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu sehingga RM2.70/lt bagi petrol dan RM2.58/lt bagi diesel. Keputusan dicapai oleh beberapa orang saja yang melibatkan beberapa orang kabinet yang tidak mewakili 27juta penduduk Malaysia. Ternyata suara rakyat, bantahan rakyat, beban rakyat dan kos sara hidup rakyat bukanlah perkara yang menjadi pertimbangan mereka untuk dalam mencapai keputusan kenaikan harga minyak.
Mujurlah, walaupun Anuar dihujani pelbagai tuduhan untuk menghalang beliau daripada bertanding, namun keputusan PRk P/Pauh P/Pinang memberi mesej jelas bahawa rakyat sudah bosan dengan budaya menfitnah untuk menjatuhkan seseorang yang menjadi amalan BN. Anuar menang penuh bergaya dengan majority lebih besar walaupun BN berkampung di Penang sepanjang kempen PRk itu. Kerancakan persainagn memenangi hati pengundi dikatakan adalah yang terhebat dalam sejarah malah lebih hebat daripada PRU12 itu sendiri walaupun boleh diibaratkan sekawan kambing menentang sebatalion gajah yakni permatang pauh lawan malaysia. Keputusan pilihanraya kecil itu telah membawa senario baru dlam iklim politik tanah air kita dimana golongan muda telah berjaya menyampaikan mesej mereka iaitu hendakkan perubahan dan ketelusan yang sebenar tanpa ada agenda tersembunyi lagi.
16 September hari keramat bagi Malaysia sebenarnya kerana hari itulah Kelahiran Malaysia telahpun berlalu dan impian Anuar untuk membentuk kerajaan baru di bawah pimpinannya tersekat buat sementara waktu. Kita tunggu strategi yang akan dilaksanakan oleh Anuar, apakah beliau akan berjaya kali ini? Apapun, berjaya atau tidaknya beliau dalam usaha itu, tidak ada seseorangpun yang dapat meramal dengan tepat. Namun begitu, Anuar telahpun memberikan sumbangan terbesar kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, kenapa tidak? Kalaulah Anuar tidak menggoncang kencang kekebalan BN, percayalah harga minyak tidak akan diturunkan sampai sekarang ini. Manfaat ini telah dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia termasuk yang bukan penyokong beliau. Sudah terantuk baru tengadah - itulah kata-kata yang paling tepat untuk BN, sudah mau kalah baru mau jilat balik ludah mereka sendiri demi untuk mengekalkan kuasa. Walaubagaimanapun, mereka telah membuat kesilapan yang amat besar dengan menaikkan harga minyak terlalu tinggi yang sekaligus membuatkan harga barangan lain naik. Walaupun ludah mereka telah bersih dijilat semula, namun kesannya masih tetap ada kerana harga barangan lain yang telah dinaikkan sejajar dengan kenaikan harga minyak sebelum ini, sudah tidak dapat dibendung lagi oleh kerajaan. Jadi, apakah tanggungjawab kerajaan ke atas bala yang ditimpakan sendiri oleh mereka kepada rakyatnya sendiri?