Kuanatan: Timbalan Pesurujaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaafar berkata, UMNO kini sudah tidak sihat kerana masalah dalaman dimana jawatan parti boleh diperolehi mengikut bidaan tertinggi dan pemimpin veterannya sendiri menggelarnya sebagai sakit tua. Dalam perkembangan yang lain, Hamzah berkata, pelan Pakatan Rakyat untuk mengambilalih pemerintahan negara masih berjalan walaupun tidak disebutkan bila masa dan tarikhnya. Katanya lagi, seribu kemungkinan peralihan kuasa boleh berlaku secara mengejut tanpa diduga oleh semua termasuk anggota Pakatan Rakyat sendiri.
Sementara itu, ADUN Tras Choong Chew Onn berkata, pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah 6 negeri perlu memberi contoh baik dan mesti menunjukkan mereka berbeza daripada pemimpin BN yang boros dan banyak menghabiskan wang rakyat. Setakat ini, apa yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng yang menaiki kapal terbang menggunakan kelas ekonomi adalah contoh yang baik ditunjukkan oleh pemimpin kepada rakyat. Dan cara ini, banyak wang rakyat dapat dijimatkan yang ia tidak dilakukan oleh pemimpin BN sebelumnya, katanya.
Sumber: Mingguan Watan/Bil:10/2-8Nov.'08.