User Yang Sedang Online | Total 7 uses online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 7 Tamu Tidak ada User online terbanyak adalah 211 pada 15/10/2024, 5:42 pm |
< class="" height="25">
Pencarian
>
|
Perkenalkan diri.. jom | 22/9/2008, 1:15 am by Admin | testing post
| Comments: 60 |
Tulun kimaragang mantad KUS | 24/6/2009, 4:49 pm by rumputt | Pertama sekali menorimakasi oku sid tuan admin sbb menuduk do lalan kumaa siti. Ong aso ih kesalaaan nah aeingin oku dot mogom-ogom poh siti...kaakalu ong waro poh tongo kuukupi hihihi!!!
| Comments: 2 |
Kakitangan Rasmi Momogunology Research Centre [MRC] | 2/1/2009, 9:34 pm by bushido | Kepada pembaca yang terhornat,
Di sini pihak pengurusan Momogunology mengumumkan bahawa rakan rasmi dan tetap Momogunology baru 1 orang iaitu seperti senarai di bawah:
1. Ie. Randagan
Tugas-tugas tobpinai Randagan ialah dalam bidang:
- Kesusasteraan Kodori Momogun dan di bantu oleh saya
sendiri Ie. Bushido
- Kayu dan Herba Momogun
PERHATIAN:
kepada sesiapa yang berminat bergabung …
[ Full reading ] | Comments: 6 |
Sebuah seruan dari pendiri Momogunology | 1/1/2009, 6:38 pm by bushido | Para pembaca yang terhormat,
Hari ini saya hendak meminta Anda untuk mendukung Momogunology dengan pelbagai sejarah lisan, boros momogun, tuturan, usuran, bvahul dan apa saja bentuk kesusasteraan momogun rungus.
Mungkin ini kedengarannya aneh mengapa Momogunology perlukan semua itu?
untuk pengetahuan anda, Momogunology ialah salah satu-satunya projek web paling populer dan paling banyak …
[ Full reading ] | Comments: 3 |
Kopivosian Tadau Kinosinaan | 3/1/2009, 4:54 pm by bushido | Saya ingin ucapkan Happy Birthday kumaa tobpinai Randagan.
ndak lama lagi tu... 1 hari lagi sampai sudah tadau kinosinaan.
| Comments: 5 |
Momogun Pitas | 11/1/2009, 8:42 pm by pinsan | Bah mari lah bah kenal2 sama saya..orang momogun dari pitas juga bah ni.
Oh ya kpd tuan admin, saya ada meleetakan nama forum tuan di website saya seperti di signature saya tu.
| Comments: 3 |
kopivosian rumikot kumaa momogun sandad | 18/10/2008, 8:46 pm by Admin | kopivosian kumaa ahli momogun sandad...
selamat bergabung...
| Comments: 3 |
Di sebalik kehidupan ini... | 23/11/2008, 11:37 am by Admin | Saya masih ingat masa saya kecil. Keluarga saya besar dengan adik-beradik yang ramai. Makanan harian kami jarang sekali makan daging setiap hari sayur (pelbagai jenis sayur yg tiada dijual di pasar kerana terdiri daripada sayur tradisional yang hanya dapat diperolehi di hutan sahaja).
Dari pada rebung buluh sehinggalah kepada tivak polod, tomborua yang pahit, betik, jantung pisang dan … |
[ Full reading ] | Comments: 5 |
|
| Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar | |
| | Pengirim | Message |
---|
bushido Pinsan Haring
Jumlah posting : 415 Location : Kudat - KL Registration date : 22.09.08
| Subyek: Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar 3/12/2008, 9:21 pm | |
| Khamis, 05 Jun 2008
| Latabelakang Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan hanya pemandu dan penumpang hadapan sahaja diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Keadah (4),Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978. Bagaimanapun bermula 1 Jun 2008, Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar meliputi semua penumpang tempat duduk belakang. Ini adalah merupakan satu pendekatan bagi melaksanakan dasar baru keselamatan Jalan raya bagi mengurangkan risiko kematian dan kecederaan parah akibat kemalangan di Jalan raya. Ianya juga bertujuan untuk mewujudkan budaya kawalan kendiri di kalangan pengguna Jalan raya.
Hasil penyelidikan menunjukan risiko kecederaan parah atau kemalangan maut kepada penumpang belakang yang memakai tali pinggang keledar dapat dikurangkan sebanyak 45% daripada 350 purata kematian tahunan akibat kemalangan di Jalan raya yang berpunca daripada amalan tidak memakai tali pinggang keledar ini.
Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang juga boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan. Pada kelajuan 50 kmsj penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.
Penguatkuasaan Bagi membiasakan orang ramai terhadap peraturan ini pihak kerajaan akan memberikan tempoh advokasi dan pengenalan selama 6 bulan. Dalam tempoh pelaksanaan kempen advokasi ini Pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan mengadakan Operasi Nasihat di seluruh Negara. Mana-mana penumpang tempat duduk belakang yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar akan ditahan dan diberi nasihat. Risalah dan pelekat kepentingan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan diedarkan.
Bermula pada 1 Januari 2009, penguatkuasaan terhadap peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan, dimana tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan ini. Tindakan ini melibat semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:
- Kenderaan yang didaftarkan sebelumj 1 Januari 1995;
- Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995,
tetapi tidak dilengkapkan dengan anchorage points;
- Kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8
tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu; dan
- Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan
barangan melebihi 3.5 tan.
Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Kerajaan telah mendapat kerjasama dari pihak industri dan pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma bagi kenderaan-kenderaan jenama Proton dan Perodua yang masih belum dipasang dengan tali pinggang tempat duduk belakang. Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila layari di laman web www.panducermat.org.my atau di talian 03-88866289. Sumber: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
| | You can access it at the following URL: http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/Penguatkuatkuasaan-Pemakaian-Tali-Pinggang-Keledar-Tempat-Duduk-Belakang
| |
| | | | Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar | |
|
| Permissions in this forum: | Anda tidak dapat menjawab topik
| |
| |
| |