SejarahPenubuhanPada tahun 1984, seorang pemimpin
Kadazandusun dalam kerajaan
BERJAYA,
Datuk Joseph Pairin Kitingantelah dipaksa untuk meninggalkan parti tersebut apabila beliau lantang
menentang dasar-dasar kerajaan yang dikatakannya telah menyimpang dari
perjuangan asal. Beliau turut dipaksa mengosongkan kerusi
Dewan Undangan Negeri Tambunan.
Pairin kemudiannya dengan berani bertanding dalam pilihanraya kecil
Tambunan pada Disember 1984 sebagai calon Bebas menentang calon
kerajaan. Walaupun dengan berbagai rintangan dan taktik kotor pihak
lawan, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti
besar, 3,048.
Kemenangan tersebut telah menyemarakkan api perjuangan untuk
mengubah senario politik di Sabah serta menegakkan demokrasi dan
menentang penyalahgunaan kuasa yang diamalkan pemerintah ketika itu.
Satu gerakan baru yang dipimpin Pairin dan disokong secara senyap oleh
majoriti akar umbi mula bergerak dan dengan itu, tertubuhnya Parti
Bersatu Sabah pada 5 Mac 1985 dengan Pairin sebagai presiden parti.
[sunting] Kejayaan pilihanrayaPBS yang baru berusia 47 hari telah menyertai
pilihan raya 1985dan terus mencipta kejutan dengan memenangi 25 daripda 48 kerusi Dewan
Undangan Negeri. Apa yang lebih mengejutkan Ketua Menteri dan presiden
BERJAYA,
Datuk Harris Salleh tewas di
Tenom kepada seorang yang langsung tidak terkenal,
Kadoh Agundong. Parti pemerintah BERJAYA cuma mampu memenangi 6 kerusi, dengan
USNO 16 kerusi serta
PASOK1. Kejayaan ini membolehkan PBS menubuhkan kerajaan dan memerintah
negeri Sabah dengan Pairin dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang
ke-6.
Setelah
rusuhan 1986yang didalangi parti yang kalah untuk cuba menjatuhkan kerajaan PBS,
PBS membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan satu lagi
pilihanraya pada Mei 1986. Kali ini PBS berjaya mengukuhkan lagi
kedudukan mereka setelah memenangi 34 daripada 48 kerusi. PBS kemudian
menyertai
Barisan Nasional (BN).
Beberapa hari sebelum
pilihanraya 1990, PBS bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai
Gagasan Rakyat yang diketuai
Tengku Razaleigh Hamzah.
Mereka memberi alasan bahawa mereka telah dianaktirikan sewaktu berada
dalam BN. PBS terus mencapai kejayaan dengan memenangi 36 daripada 48
kerusi.
Dalam
Pilihan Raya Negeri Sabah 1994, PBS menghadapi tentangan hebat daripada BN yang kini diketuai
UMNO yang telah melebarkan sayap ke Sabah. Sebelum itu, PBS turut kehilangan beberapa tokoh pemimpinnya seperti mendiang
Datuk Mark Koding yang telah menubuhkan
AKAR dan
Datuk Yong Teck Lee yang telah menubuhkan
Parti Maju Sabah(SAPP) di mana mereka telah menyertai Barisan Nasional. PBS turut
mendakwa pilihanraya ini dicemari taktik kotor seperti pembelian undi
dan pengundi hantu.
[1]Di sebalik semua itu, PBS masih mampu menang walaupun tipis iaitu 25
kerusi berbanding BN 23 kerusi. Pairin terpaksa menunggu selama 36 jam
di luar Istana sebelum dibenarkan mengangkat sumpah kerana cuba
dihalang pihak Barisan Nasional yang nyata tidak dapat menerima
keputusan rakyat. Walubagaimanapun, kerajaan ini cuma mampu bertahan
dua minggu setelah hampir kesemua wakil rakyatnya bertindak melompat
menyertai BN.
[sunting] Kejatuhan dan cubaan untuk bangkitSetelah kemenangan tipis dalam pilihanraya 1994, PBS menghadapi
tekanan besar dari BN yang ternyata cuba merampas kuasa di Sabah.
Kejatuhan PBS bermula apabila 3 orang wakil rakyatnya,
Datuk Lajim Hj. Okin (Klias),
Datuk Rubin Balang(Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik) bertindak keluar untuk
menyertai UMNO. Ia kemudian diikuti hampir semua wakil rakyatnya yang
lain termasuklah Timbalan Presiden
Tan Sri Bernard Dompok, Setiausaha Agung
Tan Sri Joseph Kurup yang masing-masing telah menubuhkan
Parti Demokratik Sabah dan
Parti Bersatu Rakyat Sabah, dan adik Pairin sendiri
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Setelah insiden lompat-melompat tersebut, PBS cuma mempunyai 3 wakil rakyat, Pairin,
Dr. Maximus Ongkili dan
Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha.
Datu Amirkahar turut menyertai BN beberapa tahun kemudian. Dalam
keadaan sedemikian, Pairin tiada pilihan lain selain melepaskan jawatan
sebagai Ketua Menteri pada
17 Mac 1994. Keadaan ini menggemparkan seluruh rakyat Sabah.
PBS cuba bangkit semula dengan barisan pemimpin yang baru dan dalam
Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 berjaya memenangi 8 daripada 20 kerusi
Parlimendi Sabah yang juga menyaksikan Jeffrey dan Dompok tewas di tangan calon
PBS. Jeffrey kembali ke pangkuan PBS dan membantu parti tersebut untuk
menghadapi
pilihanraya 1999.
Walaubagaimanapun, PBS cuma mampu memenangi 17 daripada 48 kerusi
tetapi calon-calonnya berjaya mengalahkan bekas wakil rakyatnya yang
telah melompat termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri
Bernard Dompok dan presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup. Peristiwa
lompat-melompat berulang semula apabila enam wakil rakyat yang diketuai
Jeffrey bertindak melompat menyertai
PBRS pada
22 April 2000.
[sunting] Kembali ke Barisan NasionalPada 23 Januari 2002, PBS diterima semula ke dalam Barisan Nasional.
Lima wakil rakyat berserta Timbalan Speaker yang telah menyertai PBRS
turut kembali ke pangkuan PBS. Setelah memenangi 13 kerusi Dewan
Undangan Negeri dan 4 kerusi Parlimen dalam
Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, ahli-ahli PBS turut disertakan dalam kabinet Barisan Nasional negeri dan persekutuan.
[sunting] PerjuanganParti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti
kaum Kadazan-Dusun.
Pada dasarnya PBS memperjuangkan demokrasi dan mempunyai wawasan untuk
membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui proses
demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan
kuasa autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti
itu turut memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan
kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional setiap kaum di
Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia.
[2]Antara isu yang paling lantang disuarakan parti itu adalah isu pendatang tanpa izin di Sabah,
Projek IC, pembangunan tidak seimbang, pengundi hantu dan 20 Perkara perjanjian kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.
[sunting] Simbol, bendera & lagu[sunting] SimbolSimbol dan lambang PBS menunjukkan dua tangan berjabat di atas peta
negeri Sabah berwarna hijau dan dibentuk dengan garisan berwarna coklat
di dalam segi empat dan perkataan 'PARTI BERSATU SABAH' di bawahnya.
Lambang 'berjabat tangan' melambangkan perpaduan, persahabatan dan
kerjasama antara rakyat Sabah; warna '
hijau' melambangkan kekayaan negeri Sabah terutamanya dari segi pertanian; warna '
coklat' melambangkan kesuburan tanahnya dan bentuk 'segi empat' melambangkan keadilan dan kesaksamaan di antara setiap rakyat Sabah.
[sunting] Bendera
- Warna merah melambangkan keberanian;
- Bahagian tengah yang berwarna putih melambangkan kesucian dengan simbol dan lambang parti diletakkan; dan
- Warna biru melambangkan keamanan dan kesejahteraan.
|