Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke:
pandu arah,
gelintar
|
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut BersatuUnited Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization
|
|
|
Ketua | Bernard Dompok |
|
Diasaskan | Mei 1964 |
Ibu pejabat | Ibu pejabat, Lot 9 & 10, Tingkat 2 & 3, New World Commercial Centre, Pekan Penampang, Peti Surat 420, 89507 Penampang, Sabah
|
|
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (
bahasa Inggeris:
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization; singkatan:
UPKO) ialah sebuah
parti politik yang ditubuhkan di
Sabah,
Malaysia pada Mei
1964 untuk membela hak-hak serta memperjuangkan pembangunan kaum
Kadazandusun Murut/ (KDM).
SejarahUPKO merupakan sebuah parti gabungan yang terdiri daripada dua buah parti politik, iaitu
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan
Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (PASOK MOMOGUN) yang masing-masing memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa KDM. Selepas pembentukan
Persekutuan Malaysia pada
16 September 1963, kedua-dua parti politik KDM itu terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam
Pilihan Raya Majlis-majlis Daerah yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun
1964.
Setelah melihat kesan buruk dalam keputusan pilihan raya majlis
daerah itu, akibat perpecahan yang disebabkan oleh kewujudan dua buah
parti politik tersebut, para pemimpin UNKO dan PASOK MOMOGUN berusaha
untuk bergabung pada akhir tahun
1964. UPKO ditubuhkan pada tahun
1964 untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum Negeri Sabah yang pertama pada April
1967. Walau bagaimanapun, UPKO ditewaskan dalam pilihan raya tersebut, dan di atas nama perpaduan
bumiputerayang lebih luas, UPKO dibubarkan pada Disember dalam tahun yang sama.
Akibatnya, kaum KDM tiada pilihan selain daripada menyertai pelbagai
parti politik yang lain di
Sabah.
Impian kaum KDM untuk memimpin pembangunan negeri Sabah seakan-akan
terserlah berikutan kejayaan dua buah parti politik berbilang kaum,
iaitu
Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dan
Parti Bersatu Sabah (PBS), antara tahun
1976 hingga
1994. Mungkin antara saat-saat yang paling manis dalam perjuangan politik kaum KDM ialah semasa PBS melahirkan
Ketua Menteri Sabah daripada suku bangsa mereka selama dua penggal, iaitu dari tahun
1985 hingga tahun
1994.
[sunting] Penubuhan PDSRencana utama: Parti Demokratik SabahKejatuhan kerajaan PBS pada tahun
1994 telah mencetuskan penubuhan
Parti Demokratik Sabah (PDS), sebuah parti politik yang berasaskan semangat
nasionalisme Kadazandusun Murut. Penubuhan parti ini adalah hasil satu persetujuan antara hampir kesemua
Wakil-wakil Rakyat PBS pada
14 Mac 1994.
Di bawah pimpinan Presiden
Tan Sri Bernard Dompok, dan berikutan pelantikan beliau kepada
Kabinet Persekutuan pada tahun
1994, PDS berjaya mengerakkan Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan
bahasa Kadazandusunsebagai sebuah bahasa yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan. Mercu
kejayaan PDS ialah pelantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai Ketua
Menteri Sabah yang ke-11 pada tahun
1998 dalam sistem penggiliran
Ketua Menteri Sabah.
Bagaimanapun, PDS masih gagal untuk menyatukan seluruh kaum KDM
dalam sebuah parti politik. Ini terbukti apabila para pengundi KDM
tidak mengundi Tan Sri Bernard Dompok dalam
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Akibatnya, perkhidmatan Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah terpaksa berhenti.
Kebanyakan orang KDM juga turut hampa kerana kegagalan
Datuk Joseph Pairin Kitingan untuk kembali menubuhkan kerajaan Sabah, meskipun tema perjuangannya, "
Koguli Tokou Wagu" ("Kita akan kembali berkuasa") begitu lantang kedengaran, terutamanya semasa kempen.
Selepas suatu
post-mortemdilaksanakan, para pemimpin PDS telah mula sedar bahawa sesungguhnya,
orang-orang KDM sudah jauh terpesong kerana berpecah belah dalam
perjuangan mereka. Orang-orang KDM telah menjadi ahli kepada semua
parti politik yang lain di Sabah, kecuali parti
Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan
Kongres India Se-Malaysia (MIC). Kesedaran baru timbul dan tercetuslah seruan bangsa KDM yang menjadi tema perjuangan PDS, iaitu "
Misompuru Tokou Wagu" atau "Mari Kita Bersatu Kembali".
Bagaimanapun, PDS tidak mampu mengangkat seruan tersebut. Justeru
para pemimpin PDS membuat keputusan untuk mengorbankan PDS supaya dapat
membolehkan UPKO, pertubuhan politik yang diasaskan untuk menyatukan
bangsa KDM pada awal kesedaran politik bangsa KDM, dihidupkan kembali.
[sunting] Kebangkitan semula UPKOKeputusan untuk menghidupkan semula UPKO ibarat kata pepatah, "Kalau sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan". Pada
28 Julai 1999,
Mesyuarat Majlis Tertinggi PDS bersetuju dengan sebulat suara untuk
mengorbankan PDS bagi menghidupkan semula UPKO. Dalam Kongres PDS yang
ke-5 pada
8 Ogos 1999,
para perwakilan juga bersetuju dengan keputusan itu. Bendera PDS
kemudian diturunkan dan pada masa yang sama, bendera UPKO dinaikkan.
Majlis pelancaran pada
30 Oktober 1999 telah diadakan di
Ranau kerana menurut legenda,
Nunuk Ragang yang terletak di daerah
Ranau merupakan asal-usul masyarakat KDM. Lagipun lambang UPKO, iaitu
Gunung Kinabalu,
juga terletak di Ranau. Surat-surat penghargaan juga dikirimkan oleh
Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, kepada melebihi 50 pemimpin
veteran UPKO, sama ada mereka masih hidup atau tidak, dan tanpa mengira
ideologi politik mereka. Antara kesan pelancaran itu ialah kembalinya
beberapa pemimpin veteran UPKO, termasuk Tan Sri
Sufian Koroh,
Toh Puan Rahimah Stephens, Kimon Anad, Paul Gurandi dan Datuk Seri
Panglima Fred Jinu. Sebilangan mereka kemudiannya dilantik menjadi
anggota Majlis Penasihat Adat UPKO.
Dengan pelancaran UPKO, bermula jugalah perjuangan parti ini untuk
menyatukan bangsa KDM dalam satu gagasan perjuangan politik melalui
Kerajaan Barisan Nasional dengan tema "
Misompuru Tokou Wagu ("Mari Kita Bersatu Kembali").
Kejayaan awal UPKO adalah pada November 1999, sebulan selepas
pelancaran UPKO, ketika pucuk pimpinan Barisan Nasional memberi
tanggungjawab kepada UPKO untuk bertanding di empat kawasan Parlimen di
Sabah, iaitu P147
Bandau, P149
Tuaran, P152
Penampang dan P156
Kinabalu.
Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, telah diutuskan oleh Pengerusi
Barisan Nasional,
Dr. Mahathir Mohamad, untuk bertanding di
Kinabalu.
Beliau menang dengan 5,423 majoriti undi, satu keputusan yang tidak
pernah dicapai oleh mana-mana satu calon parlimen Kinabalu sebelum itu.
UPKO juga memenangi dua daripada tiga kerusi yang lain.
Kemenangan-kemenangan itu adalah satu restu simbolik terhadap langkah
kaum Kadazandusun Murut untuk kembali ke pangkal jalan perjuangan
politik.
Setakat Jun
2001, UPKO mempunyai 26 bahagian berdaftar, 1,720 cawangan, dan 100,819 ahli.