Sama ada untuk 5000 batu atau 10,000 batu yang pertama, terdapat
perkara asas yang anda mesti lakukan apabila menservis kereta.
Hanya jika anda mahir tentang kereta anda, kami cadangkan biarlah
mereka yang pakar sahaja memeriksa kereta anda. Tetapi tiada salahnya
mengetahui serba sedikit ilmu asas memeriksa kereta supaya jika lain
kali terdapat sebarang masalah, anda tahu apa yang perlu dibaiki.
Atau jika terdapat sebarang tanda-tanda masalah akan berlaku, anda
boleh mengenalpasti dan sekaligus menjimatkan wang upah mekanik. Dan
lebih buruk lagi, berlakunya kerosakan fizikal pada badan, penyambung
ataupun tayar. Sedikit tip pada senarai semak termasuklah:
- Tukar minyak enjin dan penapisnya
- Periksa semua hos yang ada
- Periksa semua ‘belt’
- Periksa paras cecair kenderaan anda.
- Periksa sistem lampu kenderaan anda (adakah kesemua lampu berfungsi?)
- Periksa pengelap cermin hadapan anda.
- Periksa brek
- Periksa
tayar. Periksa bunga tayar dan juga tekanan udara.(sila rujuk mekanik
atau manual kenderaan untuk tekanan udara yang tepat).
- Tukar kedudukan tayar anda untuk sekurang kurangnya 6,000 batu
Di
antara waktu - waktu servis yang telah ditetapkan, amalkan mengulangi
pemeriksaan 5,000 batu di atas. Sentiasa tukarkan minyak enjin dan
periksa enjin bagi memastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan
yang terbaik sepanjang masa.
Pemeriksaan seterusnya selalunya pada 30,000 batu.
- Tukarkan cecair transmisi dan penapisnya.
- Tukarkan cecair kebezaan.
- Tukarkan cecair ‘transfer case’
- Tukarkan cecair brek
- Tukarkan penapis petrol
- Tukarkan penyejuk di dalam radiator.
Jika anda menjaga kenderaan anda dengan betul, ia akan berjalan dengan
lancar dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk jangkamasa
yang panjang. Paling penting, anda akan berasa yakin akan keselamatan
diri anda dan keluarga.
Akhir sekali, sesuatu yang dapat menjimatkan wang anda adalah dengan
menggunakan pelincir yang berkualiti tinggi. Pelincir yang berkualiti melindungi enjin anda daripada
rosak, dan memastikannya ia berfungsi pada kadar yang optimum. Ini
sekaligus dapat menjimatkan pengunaan petrol dan menambahkan hayat
enjin.