Momogunology Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Momogunology Forum

This site ( MOMOGUN FORUM) is for forum lovers eager to discuss anything positive on Momogun Ethnic and its people. Share with us on anything especially related to Momogun people positively.
 
IndeksPortalGalleryPencarianLatest imagesPendaftaranLogin
Top posters
bushido
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
randagan
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
Admin
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
myki
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
Enuvung
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
paraivagas
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
nikhmedia
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
bon
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
Ferr
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
Randavi
ADUN BN rampas tanah adat Vote_lcapADUN BN rampas tanah adat Voting_barADUN BN rampas tanah adat Vote_rcap 
Latest topics
Affiliates
free forum
Facebook
Follow us on Twitter
Momogunology Links

MOMOGUNOLOGY GROUP  

Momogunology Centre

Momogunology Blog

Randagan Extra Blog

The Rungus Times

Resipi Momogun

Momogun Chat Room


TAMU ONLINE TOKOU
Momogun Trade Union

 

MOMOGUN SANDAD
Rungus Education
Sabah's Last Frontier
Rungus People Blogspot

Sahabat Felda Forum
Mikakambai Forum

 

SABAH FORUM

I love Sabah Forum

Sabah Forumotion

Nunuk Ragang Forum

Sabah Forum

Kadazandusun Forum

 

NEWSLINK

New Sabah Times
Sabah Daily Express
The Borneo Post Online
Malaysia Kini
Berita Harian
Utusan Melayu

User Yang Sedang Online
Total 3 uses online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 3 Tamu

Tidak ada

User online terbanyak adalah 211 pada 15/10/2024, 5:42 pm
< class="" height="25"> Pencarian
 


 Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Perkenalkan diri.. jom
ADUN BN rampas tanah adat Empty22/9/2008, 1:15 am by Admin
testing post

Comments: 60
Tulun kimaragang mantad KUS
ADUN BN rampas tanah adat Empty24/6/2009, 4:49 pm by rumputt
Pertama sekali menorimakasi oku sid tuan admin sbb menuduk do lalan kumaa siti. Ong aso ih kesalaaan nah aeingin oku dot mogom-ogom poh siti...kaakalu ong waro poh tongo kuukupi hihihi!!! Very Happy

Comments: 2
Kakitangan Rasmi Momogunology Research Centre [MRC]
ADUN BN rampas tanah adat Empty2/1/2009, 9:34 pm by bushido
Kepada pembaca yang terhornat,

Di sini pihak pengurusan Momogunology mengumumkan bahawa rakan rasmi dan tetap Momogunology baru 1 orang iaitu seperti senarai di bawah:

1. Ie. Randagan

Tugas-tugas tobpinai Randagan ialah dalam bidang:
- Kesusasteraan Kodori Momogun dan di bantu oleh saya
sendiri Ie. Bushido
- Kayu dan Herba Momogun


PERHATIAN:

kepada sesiapa yang berminat bergabung …

[ Full reading ]
Comments: 6
Sebuah seruan dari pendiri Momogunology
ADUN BN rampas tanah adat Empty1/1/2009, 6:38 pm by bushido
Para pembaca yang terhormat,


Hari ini saya hendak meminta Anda untuk mendukung Momogunology dengan pelbagai sejarah lisan, boros momogun, tuturan, usuran, bvahul dan apa saja bentuk kesusasteraan momogun rungus.

Mungkin ini kedengarannya aneh mengapa Momogunology perlukan semua itu?

untuk pengetahuan anda, Momogunology ialah salah satu-satunya projek web paling populer dan paling banyak …


[ Full reading ]
Comments: 3
Kopivosian Tadau Kinosinaan
ADUN BN rampas tanah adat Empty3/1/2009, 4:54 pm by bushido
Saya ingin ucapkan Happy Birthday kumaa tobpinai Randagan.

ndak lama lagi tu... 1 hari lagi sampai sudah tadau kinosinaan.

Comments: 5
Momogun Pitas
ADUN BN rampas tanah adat Empty11/1/2009, 8:42 pm by pinsan
Bah mari lah bah kenal2 sama saya..orang momogun dari pitas juga bah ni.

Oh ya kpd tuan admin, saya ada meleetakan nama forum tuan di website saya seperti di signature saya tu.

Comments: 3
kopivosian rumikot kumaa momogun sandad
ADUN BN rampas tanah adat Empty18/10/2008, 8:46 pm by Admin
kopivosian kumaa ahli momogun sandad...

selamat bergabung...

Comments: 3
Di sebalik kehidupan ini...
ADUN BN rampas tanah adat Empty23/11/2008, 11:37 am by Admin
Saya masih ingat masa saya kecil. Keluarga saya besar dengan adik-beradik yang ramai. Makanan harian kami jarang sekali makan daging setiap hari sayur (pelbagai jenis sayur yg tiada dijual di pasar kerana terdiri daripada sayur tradisional yang hanya dapat diperolehi di hutan sahaja).

Dari pada rebung buluh sehinggalah kepada tivak polod, tomborua yang pahit, betik, jantung pisang dan …


[ Full reading ]
Comments: 5

 

 ADUN BN rampas tanah adat

Go down 
5 posters
PengirimMessage
bushido
Pinsan Haring



Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty15/10/2008, 10:07 pm

Oleh ‘Deep Throat’ Sabah
http://gundohing.netfirms.com/?p=305

Badan Pencegah Rasuah (BPR) disaran agar tidak mengecualikan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika menjalankan siasatan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan), Datuk Dr
Jeffrey Kitingan membuat saranan berkenaan bagi mengulas keghairahan
pemimpin BN membolot tanah adat tanpa mempedulikan kesengsaraan rakyat.

Kata Jeffrey, kes seorang pegawai kanan polis yang mempunyai harta RM27
juta dan menyalahguna kuasa menindas rakyat di Tanjung Labian hanyalah
sebahagian kecil daripada kepincangan BN.

“Siasatan yang dijalankan haruslah meliputi Ketua Menteri Sabah, Datuk
Musa Haji Aman yang menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan
keuntungan dengan menjual tanah rakyat kepada orang luar termasuk
pegawai kanan polis berkenaan,” kata Jeffrey yang merujuk kepada
kelulusan kawasan lebih 1,500 ekar kepada Kinsajaya Sdn.Bhd.

Kata Jeffrey, budaya pemimpin BN menjual tanah rakyat semakin
menjadi-jadi terutama setelah Musa Aman meluluskan tanah Sahabat
Pinggir yang diduduki rakyat di Zon Tanjung Labian kepada Mantan Adun
Lahad Datu melalui syarikatnya Perniagaan Cerah Sdn.Bhd.

“BPR patut meluaskan skop siasatan iaitu menyiasat bagaimana tanah
berkenaan diluluskan kepada Yusof Jamlee sedangkan iparnya, Datuk Samsu
Baharun Haji Abdul Rahman menjadi Adun Lahad Datu ketika itu dan
menghadiri mesyuarat LUC,” ujar Jeffrey yang menyarankan agar BPR
membuka kembali fail siasatan berkenaan yang ditutup atas ehsan Mantan
Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai.

Tegas Jeffrey lagi, tradisi berkenaan masih berlanjutan ketika ini walaupun Ustaz Suhaili Mohd Said menjadi Adun Tungku.

“Lulusan Al-Azhar ini rupanya lebih hebat kerana menggunakan
anak-anaknya sendiri sebagai pemohon tidak kurang 115 ekar tanah di
kawasan daripada sisa yang diluluskan kepada pegawai polis dan Yusof
Jamli,” ujar Jeffrey yang kesal kerana kawasan yang dipohon dan bakal
diluluskan kepada Suhaili adalah tanah adat yang diusahakan rakyat
sejak 1950-an.

Jeffrey menegaskan, Suhaili bijak kerana menggunakan nama seorang
penduduk tempatan sebagai Ketua Pemohon iaitu Osman Abdul Rait bagi PT
20-03110455 hingga PT 20-03110466.

Namun siasatan di Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah di Lahad Datu
membongkar kejalangan Suhaili apabila menggunakan nama dua orang
anaknya iaitu Mohd Bukhari Mohd Suhaili (KPT 851026-12-6425) untuk dua
permohonan seluas 65 ekar dan Aeisah Mohd Suhaili (KPT 830824-85-5048)
seluas 50 ekar yang kesemuanya di kawasan tanah adat yang belum
bergeran iaitu di Kampung Tegupi, Lahad Datu.

“Amalan ini sewajarnya dihentikan kerana tidak telus dan merupakan
perlakuan rasuah kerana mereka menghadiri mesyuarat LUC dan mengarahkan
agar tanah berkenaan diluluskan kepada anak atau proksi mereka,” ujar
Jeffrey lagi.

Selain Suhaili, Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Haji Mansur turut
mempunyai kepentingan terhadap tanah adat di Tegupi dengan menamakan
sepupunya Datu Ibrahim Datu Bangsawan dan saudaranya, Kassim Malan
sebagai pemohon tidak kurang lapan lot tanah seluas 15 ekar setiap satu.

Ahli Parlimen Silam, Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman yang ketika
itu sebagai Adun Lahad Datu turut menyokong permohonan tanah tersebut
dengan menamakan proksi iaitu Osman Abd Rait dan beberapa orang lain
yang mempunyai hubungan terus dengan beliau melalui surat bil. Adun
N42/LD: 200-3/1/03 (22) bertarikh 22 Ogos 2003.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak terkeliru atau tertipu
dengan karenah wakil rakyat BN yang kononnya tidak tahu tanah adat
diluluskan kepada orang luar sedangkan mereka yang memainkan peranan
penting dalam Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC).

“Mereka ini menerima wang daripada taukey atau pemohon agar meluluskan
atau mengesyorkan LUC meluluskan tanah berkenaan,” ujar Jeffrey yang
membidas Samsu dan Suhaili berhubung lakonan buruk mereka yang
menawarkan pewartaan kawasan berkenaan sebagai Rizab Kampung.

Tegas Jeffrey, wakil rakyat BN yang terpukul oleh pendedahannya cuba
memujuk rakyat Tanjung Labian agar bersetuju dengan cadangan mewartakan
Zon Keselamatan dan Sahabat Pinggir yang dikeluarkan oleh Felda sebagai
Rizab Kampung.

“Kejam. Jika diwartakan sebagai Rizab Kampung, amat malang sekali
mereka yang telah mengusahakan tanah adat sejak berzaman. Apa yang nak
diwariskan kepada anak cucu kelak?” tanya Jeffrey yang kesal kerana
hampir keseluruhan Rizab Kampung di Sabah menjadi pusat ternakan
pengundi melalui penempatan PATI.

Kes di Sinar Baru, Sandakan dan Sapagaya dan Sapadulang di Lahad Datu
sewajarnya menjadi pengajaran apabila Ketua Kampung dan Ketua Daerah
yang dilantik menyalahguna kuasa dan melakukan pecah amanah apabila
menjual lot tanah kepada warga asing.

Ketika ditanya dakwaan Ketua Cawangan Umno Tanjung Labian, Kunsul Nahul
bahawa Jeffrey turut memohon tanah adat di Lahad Datu, beliau
menyatakan ianya bukan tanah adat dan tidak menyalahi peraturan.

“Ya, saya pernah bertugas di Lahad Datu dan dimaklumkan ada tanah
kerajaan berhampiran Tabin, maka saya pohon. Ianya tidak salah kerana
setiap rakyat berhak memohon tanah asalkan dibuat secara teratur,” ujar
Jeffrey yang kini tidak tahu lagi apa yang terjadi kepada tanah
berkenaan kerana telah memberikan surat kuasa kepada pihak yang
berminat.

Jeffrey sebaliknya menyarankan BPR menyiasat Kunsul yang dipercayai
diupah oleh Musa Aman melalui projek pembangunan dan wang ringgit untuk
membiayai buletin Umno yang diterbitkan secara bulanan ketika bahagian
lain mengalami masalah kekurangan wang untuk menerbitkan buletin secara
bulanan.

Selain pegawai Kanan Polis yang kini bertugas di Bukit Aman, Jeffrey
turut mengesan seorang pegawai kanan polis yang bertindak merampas
tanah yang dilepaskan oleh Felda kerana terletak di kawasan tanah adat
di Lok Patau, Lok Buani, Lahad Datu.

“Saya mempunyai bukti dan bersedia memberikan bukti kepada BPR dalam
waktu terdekat bagi membantu mereka menjalankan siasatan terhadap
pegawai kanan polis daripada Balai Polis Lahad Datu yang sebelum ini
telah menyalahguna kuasa mengugut Ketua Kampung Lok Buani,” ujar
Jeffrey yang mengutuk sebarang salahlaku polis terhadap orang awam.

Kata Jeffrey, pegawai kanan berkenaan sering kelihatan di Lok Buani dan
Lok Patau, kononnya untuk memantau operasi polis sedangkan semua pos
kawalan pasukan gerak am di bawah tadbir urus Pegawai Memerintah (CO)
PGA yang berpangkalan di Sapagaya.

Tanah rakyat yang dirampas polis berkenaan seluas 300 ekar adalah tanah
yang dikeluarkan daripada kawasan Felda akibat bantahan penduduk
kampung.

“Lori dan kenderaan pegawai kanan berkenaan berada di dalam kawasan
tanah tersebut,” ujar Jeffrey yang mendesak Pesuruhjaya Polis Sabah dan
Ketua Polis Negara mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai kanan
berkenaan.
Kembali Ke Atas Go down
http://www.momogun.page.tl
myki
Pinsan Haring
myki


Jumlah posting : 100
Location : kk
Registration date : 12.10.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty16/10/2008, 3:13 pm

YB2 yang 'kelaparan' ni p buang jauh jauh la.....buang negeri
Kembali Ke Atas Go down
Enuvung
Pinsan Haring



Jumlah posting : 75
Registration date : 16.10.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty16/10/2008, 6:56 pm

HEM.. ADA2 SAJA PEMIMPIN2 SABAH NI SEKARANG... SEDARKAH DIORANG TU...YANG MEREKA JUAL TU TANAH MEREKA SENDIRI??? JUAL SEBAHAGIAN TANAH SAMALAH MENJUAL NEGERI SENDIRI DAN MARUAH DIRI SENDIRI... INI TIDAK YANG PENTING PERUT TU MEMBUNCIT KERANA HASIL DARIPADA JUAL TANAH SENDIRI
Kembali Ke Atas Go down
Admin
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Location : Momogun Planet
Registration date : 22.09.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty16/10/2008, 7:45 pm

iti no ot kobuatano diti bansa tokou biano no. miabal-i dinot ongo kadazandusun. kuminam yoti minjuval do bansa. amu nitung ot sontilib-tilib ot hovu diaki dau sitid pogun tokou.

kolzumaag dati ino ong alzaid no inot ongo buatan tulun tokou dot kiongo sikul diti nga aso ot kosog tavasi.
Kembali Ke Atas Go down
http://momogun.page.tl
myki
Pinsan Haring
myki


Jumlah posting : 100
Location : kk
Registration date : 12.10.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty18/10/2008, 12:54 am

Ontuon...pong biano no, varo dot syarikat dot popinjam dot ringgit (untuk usahawan kecil kabo), tapi minta cagaran...Mereka cagar tanah untuk dapatkan pinjaman...dot amu i kabarai....tanah hanguslaaa...
Kembali Ke Atas Go down
Admin
Admin
Admin


Jumlah posting : 145
Location : Momogun Planet
Registration date : 22.09.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty18/10/2008, 8:59 pm

nakara-kara e naku tu okon ko karahati midagang ot momogun biano.
Kembali Ke Atas Go down
http://momogun.page.tl
myki
Pinsan Haring
myki


Jumlah posting : 100
Location : kk
Registration date : 12.10.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty24/10/2008, 12:49 pm

yang tida karahati midagang tu tida pa lg, ada urang mau mangatur juga, diurang tida mau di atur ba tu yang susah dan tidak boleh di selamatkan
Kembali Ke Atas Go down
bushido
Pinsan Haring



Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty25/10/2008, 12:09 am



PADA 1HB NOV, 2007 SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA,DIMANA RUMAH
SEORANG PENDUDUK TEMPATAN PUAN IKEH LANTAI DI KG. LIAWAN, KENINGAU
SABAH TELAH DIROBOH DAN KEMUDIAN SISANYA DIBAKAR OLEH SUZIE LOMBOH
SEORANG BERBANGSA BAJAU-FILIPINA YANG MEMEGANG MY KAD DENGAN KEJAM
MENGGUNAKAN JENTOLAK TANPA ARAHAN MAHKMAH. LEBIH MENYEDIHKAN KEJADIAN
INI DISOKONG OLEH KERAJAAN TEMPATAN DAN DISAKSIKAN OLEH PIHAK POLIS DAN
ORANG RAMAI. PADA 1994BERSANDARKAN PADA "HAK ASASI" MAHKAMAH TINGGI
PERNAH MENOLAK TUNTUTAN SUAMI SUZIE BTE LOMBOH, MICHEAL BIN TALIBAN
(PEMILIK GERAN)UNTUK MENGHALAU PUAN IKEH LANTAI SEKELUARGA MEMANDANGKAN
PUAN IKEH BTE LANTAI MEMPUNYAI HAK UNTUK MENDUDUKI TANAH TERSEBUT
BERDASARKAN CUSTOMARY RIGHT. TITIK SEJARAH INI MENJADI SATU CONTOH YANG
BAIK AKAN PENCABULAN HAK ISTIADAT ORANG SABAH. PERISTIWA INI SEPATUTNYA
MEMBUKA MATA WARGA SABAH AKAN MASA DEPAN ORANG ORANG SABAH DIMANA HAK
HAK PERIBUMI BEGITU MUDAH DIRAGUT OLEH RAKYAT ASING.
Kembali Ke Atas Go down
http://www.momogun.page.tl
myki
Pinsan Haring
myki


Jumlah posting : 100
Location : kk
Registration date : 12.10.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty25/10/2008, 11:26 pm

mengucap panjang saya....
Kembali Ke Atas Go down
randagan
Pinsan Haring
randagan


Jumlah posting : 201
Location : Lahad Datu-Kudat
Registration date : 29.09.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty26/10/2008, 7:53 pm

cherry Selain dpd merampas tanah, yb2 jg amat rakus membolot semua tanah di kwsannya, contohnya Dtk Mxmus Ongkili. Tiga pggal beliau jd mp marudu, semakin luas tanah yg dmilikinya, jd apa yg tggl utk org setempat. Yg ironiknya, rakyat kawsan itu sedar dan tahu prkara itu, ttp undi terus dberikan kpd yb pangkot ini. Mau memecahkan cengkaman beliau d marudu?? Pastikan beliau tdk lg jd mp pd 2012 samada jgn bagi tanding atau jgn bagi undi kpd beliau.
Kembali Ke Atas Go down
http://sahabat.forummotion.com/
Enuvung
Pinsan Haring



Jumlah posting : 75
Registration date : 16.10.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty11/11/2008, 10:23 am

MENGIKUT PEMBACAAN SAYA SEKALI LAGI, ORANG YANG APPLY TANAH DAN MEREBUT TANAH ORANG TU MACAM PILAK SAJA... BUKAN MOMOGUN... NAH INI YANG KENA BERHATI-HATI NI.. DIORANG SEMAKIN BERANI SUDAH DAN MAKIN MENJADI-JADI. KAMU TENGOK YANG SEORANG IT IC NYA PENDUDUK SEMENTARA PUN SUDAH PANDAI APPLY TANAH SUDAH... LEBIH MENAKUTKAN ADA YB PILAK SUDAH YANG SALAH GUNA KUASA... TANAH YANG DIAPPLY TU DIGUNAKAN UNTUK PETEMPATAN PILAK... WAH, GUNA KUASA UNTUK BANTU BANGSA SENDIRI OOO... TAPI YOMOGUN ADA YB KAH MACAM ITU?? MANA ADA KAN, AMU ANARU TAKAL... NA KAH AMAI BUSHIDO JADI PO WAKIL RAKYAT RUNGUS.. SUKUNGON KIKAU IH... HEHEHE...
Kembali Ke Atas Go down
randagan
Pinsan Haring
randagan


Jumlah posting : 201
Location : Lahad Datu-Kudat
Registration date : 29.09.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty11/11/2008, 6:56 pm

Tidak ada jln lain dan juga pilihan yg lain...kita mesti ada seorang YB yg betul2 YB...yang Berhormat yang bekerja bukan Yang Bohong...cuma kita tidak mampu menilai peribadi ssorg dlm sekelip mata...oleh yg demikian...kita juga perlu ada kumpulan pendesak kpd YB ini supaya memainkan peranannya dgn sebaik mungkin...kalau tdk...sampai bilapun kita tetap macam ini...secara keseluruhannya, melainkan bbrapa kerat individu yg telah berjaya.
Kembali Ke Atas Go down
http://sahabat.forummotion.com/
bushido
Pinsan Haring



Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty11/11/2008, 8:21 pm

manisa wrote:
MENGIKUT PEMBACAAN SAYA SEKALI LAGI, ORANG YANG APPLY TANAH DAN MEREBUT TANAH ORANG TU MACAM PILAK SAJA... BUKAN MOMOGUN... NAH INI YANG KENA BERHATI-HATI NI.. DIORANG SEMAKIN BERANI SUDAH DAN MAKIN MENJADI-JADI. KAMU TENGOK YANG SEORANG IT IC NYA PENDUDUK SEMENTARA PUN SUDAH PANDAI APPLY TANAH SUDAH... LEBIH MENAKUTKAN ADA YB PILAK SUDAH YANG SALAH GUNA KUASA... TANAH YANG DIAPPLY TU DIGUNAKAN UNTUK PETEMPATAN PILAK... WAH, GUNA KUASA UNTUK BANTU BANGSA SENDIRI OOO... TAPI YOMOGUN ADA YB KAH MACAM ITU?? MANA ADA KAN, AMU ANARU TAKAL... NA KAH AMAI BUSHIDO JADI PO WAKIL RAKYAT RUNGUS.. SUKUNGON KIKAU IH... HEHEHE...

YB? Yang Berhormat amu oku ominat. Politik okon ko dohon dot minat... okon ko dohon dot koinginan itit merayu sid rakyat diti.. dohon dot kavanguno mongohotok dot situasi jadi amu oku ingin ong jumadi dot ahli politik @ artis politik.

ogumu ot ralan dot pingkakat do bansa tanid po ko politik... inot-ot kinginan ku ong yoku YB e bo ang maksud dau YANG BENAR 9YB) ha ha ha
Kembali Ke Atas Go down
http://www.momogun.page.tl
randagan
Pinsan Haring
randagan


Jumlah posting : 201
Location : Lahad Datu-Kudat
Registration date : 29.09.08

ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty13/11/2008, 9:08 pm

YB? Yang Berhormat amu oku ominat. Politik okon ko dohon dot minat... okon ko dohon dot koinginan itit merayu sid rakyat diti.. dohon dot kavanguno mongohotok dot situasi jadi amu oku ingin ong jumadi dot ahli politik @ artis politik.

ogumu ot ralan dot pingkakat do bansa tanid po ko politik... inot-ot kinginan ku ong yoku YB e bo ang maksud dau YANG BENAR 9YB) ha ha ha[/quote]

Bagi sya pula secara realistiknya, tanpa hipokrit dan berselindung ada minat juga dlm hal ini, tetapi terlebih dahulu saya mau memastikan diri sya benar2 layak dan bersedia utk memikul tugas dan tggungjwb seorang wakil rakyat, krn bagi sya YB ini bukan pangkat semat2 tapi ia sebuah tanggugjwb besar terhadap amnah yg diberi rakyat. Kalau setakat duduk dikerusi itu dan tdk mampu berbuat apapun...sya tdk rela menjadi mgsa cercaan masyarakat sebab " price of greatness is responsiblity" - Winston Churchill.

Saya sependapat dgn tuan bushido, banyak lagi perkara lain yg boleh dilakukan, tidak semestinya dlm politik saja malah kalau kita ikhlas menyumbangkan sesuatu untuk bangsa sendiri ia perlu dibuat tanpa syarat apapun. Kalaulah menyebut soal perjuangan, ia membawa erti yg cukup luas...ekonomi, sosial, budaya, agama, kebajikan dn pelbagai lagi. Usaha memulihara adat resam, budaya dan sejarah + tamaddun bangsa juga merupakan perjuangan yg maha penting terutama untuk generasi akan datang. Kita tdk mau generasi baru kita buta sejarah dan tanpa identiti. Oleh itu, berbuatlah sesuatu utk bangsa krn tidak mungkin bangsa lain akan membentuk agenda utk memajukan kita..
Kembali Ke Atas Go down
http://sahabat.forummotion.com/
Sponsored content





ADUN BN rampas tanah adat Empty
PostSubyek: Re: ADUN BN rampas tanah adat   ADUN BN rampas tanah adat Empty

Kembali Ke Atas Go down
 
ADUN BN rampas tanah adat
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Tanah Momogun Rungus di rampas lagi..
» Kita tubuhkan persatuan tanah adat Momogun
» Menceroboh tanah nenek moyang sendiri
» Pendaftaran Kursus Online : Hukum dan Adat Momogun
» Permintaan Momogunology: Ketua Kg. harus mahir adat dan tidak buta huruf

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Momogunology Forum  :: Momogunology General Discussion :: Current Issue-
Navigasi: