Pada 07.12.2008, bertempat di Conferece Room Hotel Asia
L/Datu, saya telah mengadiri satu ceramah politik yang dibuat oleh parti SAPP.
Ceramah itu telah diadakan pada jam 9.00 pagi-1.00ptg, tetapi sebelum daripada
itu itu, saya telah berkesempatan berjumpa sendiri dengan presidennya Datuk
Yong Teck Lee. Orangnya humble, low profile, friendly dan simple membuatkan
kita tidak merasa segan dan malu untuk bercerita dan sebagainya. Tujuan saya
berjumpa dengan beliau ialah untuk menyampaikan maslah-masalah yang dihadapi
oleh kakitangan Felda khususnya kakitanngan Sabahan yang banyak berkisar
tentang isu kenaikan pangkat. Perkara ini pada saya perlukan usaha
sekurang-kurangnya membawa isu ini ke pengetahuan umum terutama mereka yang
berpengaruh seperti Datuk Yong kerana isu ini amat serius yang mana walaupun
Felda telah mula beoperasi di Sabah sejak tahun 1980, namun bilangan kakitangan
Sabahan yang dinaikkan ke jawatan lebih tinggi masih kurang berbanding yang
sepatutnya sebagai tuan tanah. Dengan sebab itu juga, saya turut melancarkan
satu laman web untuk membolehkan kakitangan Felda menyuarakan rintihan mereka.
Saya juga telah dapat berkenal-kenalan dengan rombongan
Datuk Yong ini; antaranya Datuk Frankie ( Timb. Speaker DUN Sabah), Datuk Erick
Majimbun (MP), En.Edward Dagul ( Ketua Pemuda SAPP) serta beberapa perwakilan
dari Sandakan
dan Lahad Datu sendiri. Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan mereka
sebelum ini, tetapi mereka begitu mesra dengan saya kerana sebenarnya profile
saya telah mereka perolehi sebelum ini dan mereka menggelarkan saya sebagai
Blogger. Jadi keadaan ini memudahkan saya berkomunikasi dengan mereka dan seterusnya menyampaikan maklumat-maklumat
terutama berkaitan dengan fahaman rakyat tentang scenario politik masa kini.
Program ceramah atau road show ini akan dilakukan di seluruh
Negeri Sabah untuk memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat berkenaan
dengan visi, misi, halatuju dan juga status SAPP pada masa ini. Apa yang
diterangkan adalah jelas bahawa SAPP mahukan perubahan dan pembangunan serta
ingin menangani isu-isu lama seperti isu PTI, layanan lebih adil terhadap Sabah
oleh Federal, pentadbiran autonomi, isu Hari Kemerdekaan, isu kemiskinan tegar
dan sebagainya. Turut dibangkitkan ialah isu kemudahan asas terutamanya rangkaian
jalan perhubungan yang ketinggalan jauh berbanding jalanraya di Semenanjung
yang mana contoh yang paling baik ialah cadangan projek pembinaan Jambatan
Pulau Pinang II – jalanraya kita di Sabah masih teruk dan tidak ada usaha untuk
menaiktaraf atas alas an budget tetapi untuk Pulau Pinang sudah memasuki
pusingan yang ke 2. Gambaran menyeluruh tentang perkara-perkara yang
disampaikan dalam sessi penerangan itu boleh dilihat seperti yang terkandung
dalam deklarasi yang dilancarkan oleh SAPP seperti di bawah.
DEKLARASI RAKYAT SABAH UNTUK PERUBAHAN DALAM NEGARA. . Bahawa misi kita
adalah untuk mengujudkan sebuah kerajaan yang amanah, progresif, adil dan
masyarakat yang bersatupadu. . Bahawa rakyat
Sabah melahirkan semangat kesatuan dan persahabatan kita dengan rakyat Malaysia yang
lain. Adalah dengan ini mengisytiharkan
bahawa:-
- Kerajaan
yang diasaskan oleh rakyat berdasarkan tadbir urus Kerajaan yang baik
tanpa politik perkauman dan masyarakat yang bersatupadu, adil dan
progresif.
- Sabah
hendaklah mempunyai kuasa politik (autonomi) dimana kerajaan yang dibentuk
adalah ditadbir oleh rakyat Sabah
sendiri.
- Sabah dan negeri-negeri pengeluar minyak petroleum
yang lain berhak mendapat royalty minyak 20 peratus.
- Wilayah
Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah
dan ditadbir sebagai sebuah wilayah khas.
- Undang-undang
persekutuan yang tidak adil dan tidak munasabah yang dikembangkan ke Sabah dan di jabatan-jabatan Persekutuan yang tidak
membawa manfaat perlu dikaji semula.
- Sabah hendaklah diberi peranan dan penyertaan yang
adil dan saksama dalam pentadbiran Persekutuan, perkhidmatan awam dan
sector swasta. Jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah haruslah diterajui
oleh rakyat Sabah.
- Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus menyediakan sumber yang mencukupi, keazaman
politik dan kepimpinan untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin dengan
tegas, berperikemanusiaan dengan memberi penekanan kepada konsep serantau
dan perkongsian bijak.
- Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah berkerjasama dalam menangani
ketidakseimbangan struktur ekonomi dan social yang melibatkan Sabah dan negeri-negeri lain.