NOTA UNTUK RAKYAT PARLIMEN
P168 KOTA MARUDU ; MANIFESTO AHLI PARLIMEN KOTA MARUDU PADA PILIHANRAYA MAC 2008.
Sejak dahulu lagi, rakyat P168 Kota Marudu seringkali
disogokkan dengan pelbagai manifesto pada setiap kali pilihanraya (manifesto
ADUN atau MP). Sebagaimana lazimnya, manifesto ini dilupakan sebaik sahaja pemimpin
memenangi sesuatu pilihanraya. Tanpa mempersoalkan ke mana manifesto para pemimpin
ini pada pilihanraya-pilihanraya yang lalu, yakni dengan hanya merujuk
manifesto Ahli Parlimen P168 Kota Marudu pada pilihanraya Mac 2008, kami
mengajak rakyat sekalian untuk menuntut manifesto berkenaan. Manifesto ini
dibuat oleh pemimpin untuk kita. Oleh itu, kita berhak untuk merayu supaya manifesto tersebut dilaksanakan.
A. RINGKASAN MANIFESTO AHLI PARLIMEN P168 KOTA MARUDU PADA PILIHANRAYA
MAC 2008
Tema manifesto
MEMPERKASA PEMBANGUNAN P168 KOTA MARUDU YANG
SEIMBANG, BERDAYA SAING DAN BERKEKALAN.
Bahagian pengenalan manifesto
Ahli parlimen P168 Kota Marudu menyebut dua
perkara :-
·
P168
Kota Marudu adalah permata yang harus sentiasa digilap.
·
Agenda
pembangunan di P168 Kota
Marudu akan diperhebatkan.
Bahagian isi manifesto
Ahli parlimen berhujah bahawa usaha untuk
memperkasa pembangunan di P168 Kota Marudu adalah berpaksikan 7 prinsip-prinsip
berikut:-
1. Memperkasa program-program pembangunan
ekonomi dan infrastruktur asas.
Ahli Parlimen P168 Kota Marudu menyebut
secara spesifik dua projek infrastruktur asas iaitu :-
i.
Projek
pembinaan jalan Marak Parak ke Ranau (RM350 juta), dan
ii.
Menaik
taraf jalan dari Kota Belud ke Langkon.
Ulasan kami :
Beliau
tidak menamakan secara khusus
program pembangunan ekonomi yang akan dilaksanakannya.
Walaupun
kedua-dua projek di atas baik untuk rakyat P168 Kota Marudu, kita tidak terkejut kerana secara mata
kasar projek sentiasa menjadi keutamaan pemimpin politik berbanding
program-program pembangunan ekonomi.
Menyentuh
soal projek, aspek kualiti dan kuantiti seharusnya tiada kompromi.
2. Meningkatkan kualiti infrastruktur
pendidikan.
Beliau mengaitkan usaha ini dengan pembinaan
modal insan dalam RMK-9.
Visi beliau : Melahirkan generasi muda yang berilmu,
berdaya saing dan berbudi pekerti yang baik.
Ahli Parlimen memberikan fokus kepada 2
usaha berikut :-
i.
Memperlengkapkan
setiap sekolah yang daif dengan
kemudahan asas agar menjadi pusat kecemerlangan.
ii.
Pembinaan
Kolej Komuniti di Kota
Marudu.
Ulasan kami :
a. Berapa ramaikah golongan profesional (Akauntan,
Jurutera, Peguam, Doktor dll atau Phd, Sarjana, Sarjanamuda, Diploma dll) yang beliau berjaya lahirkan atau akan
lahirkan?
b. Beberapa
orang yang kita ada pada masa ini, adakah ini hasil usaha beliau?
c. Inikah
yang beliau maksudkan dengan pembinaan modal insan atau beliau mempunyai
pengertian lain?
3. Menambah bantuan rumah di bawah Program Bantuan
Rumah kepada isirumah yang layak
Beliau meletakkan sasaran akan menyelesaikan 50 peratus atau
separuh daripada jumlah yang memerlukan dalam tempoh 5 tahun.
Ulasan kami :
a. Balak sudah habis, individu yang mempunyai
wang pun sukar mendapatkan bekalan bahan binaan. Lebih-lebih lagi warga P168 Kota Marudu yang rata-ratanya miskin. Bahan binaan kayu pula kurang berkualiti,
tetapi oleh kerana bekalan yang terhad harganya tetap mahal. Ini menyebabkan
golongan kurang mampu sukar membelinya. Hutan pula telah ditebusguna. Kayu
bulat semakin sukar diperolehi daripada persekitaran. Pilihan yang ada ialah
bandel papan buangan atau kayu bulat yang tidak berkualiti (bengkok dan tidak
tahan lama). Tidak apalah, rakyat masih juga ada rumah untuk berteduh. Satu
cara lagi ialah membelah kayu sendiri untuk dijadikan papan atau beruti. Ini
pun, bukan semua rakyat mampu kerana masih menelan belanja beribu-ribu ringgit.
Mahu memilih rumah batu, bahan binaan dan upah membinanya pula mahal. Nampaknya
kita mempunyai pilihan yang terbatas. Jika beginilah keadaannya, apalah agaknya
yang bakal ditempuhi oleh sebilangan besar
rakyat P168 Kota
Marudu yang masih belum memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah yang daif.
Apakah masa depan kita dari sudut ini? Bolehkah soalan ini kita tujukan kepada
pemimpin yang telah kita pilih?
b. Berapakah jumlah isirumah yang layak di
bawah Program Bantuan Rumah?
c. Siapakah isirumah yang dianggap layak?
d. Siapakah sasaran 50 peratus tersebut dan
mereka ini berada di mana (kedudukan)?
e. Apakah asas pemilihan kepada mereka yang
digolongkan 50 peratus tersebut.
4. Menyelesaikan masalah pemilikan tanah
Sasaran beliau secara khusus ialah:-
i.
Sasaran
5 tahun – memproses
permohonan tanah bagi mereka yang belum mempunyai tanah
ii.
Sasaran
3 tahun pertama selepas menang pilihanaya pada 8hb. Mac 2008 – menyelesaikan semua penyukatan tanah
tertunggak
iii.
Sasaran
bagi permohonan yang bertindih/berlapis dengan SAFODA dan BAGARAYA – Ahli Parlimen berjanji memastikan
kepentingan masyarakat setempat diberi keutamaan
Ulasan kami :
a. Beliau perlu cepat. Satu tahun
pertama (8hb. Mac 2008 – 7hb. Mac 2009) telah pun berlalu sebagaimana
tiga penggal yang lalu berlalu.
b. Apakah agaknya sasaran beliau kepada warga
seperti 15 buah kampung yang terlibat
dengan Projek Empangan Milau atau
kawasan-kawasan lain yang seumpamanya. Mereka tiada lagi permohonan tanah untuk
diproses, mereka tiada lagi tanah untuk disukat
atau mereka tidak ada lagi permohonan tanah yang berlapis dengan SAFODA atau BAGARAYA.
Apalah lagi agaknya yang mereka masih
ada untuk Ahi Parlimen sasarkan. Mari kita cari ? Barangkali mereka
inilah yang paling memerlukan Pomogunan
atau Tanah.
5. Pembangunan minda – Visi beliau ialah melahirkan rakyat yang berilmu, progresif, bersatu padu dan bertamadun tinggi
Beliau menyebut secara spesifik
perkara-perkara berikut :-
i.
Merancakkan
program-program atau kursus-kursus motivasi, bengkel dan lawatan sambil
belajar
ii.
Golongan
sasaran ialah pelajar dan ibu bapa
iii.
Bantuan
Program Motivasi Pelajar dan
PIBG sebanyak RM50,000.00 daripada
peruntukan Ahli Parliman akan dilipatgandakan
Ulasan kami :
a. Jika kita mengambilkira keadaan semasa (Cth
: pencapaian akademik yang masih rendah dan kadar buta huruf yang masih ramai
di kalangan ibu bapa pelajar di kampung-kampung) di kawasan Parlimen P168 Kota Marudu, cita-cita beliau ini agak ideal,
bagaimanapun usaha ke arah itu sehajapun sudah cukup untuk dianggap baik,
lebih-lebih lagi jika ianya dapat dijayakan. Ini menuntut perancangan yang sempurna, kegigihan dan
kerja keras beliau sendiri sebagai pemimpin. Cita-cita ini tidak mungkin
dicapai dengan amalan kepimpinan berdasarkan prinsip pengabaian dan
penyisihan. Harap-harap amalan sedemikian tidak wujud.
b. Mampukah visi beliau ini dicapai dengan
hanya memfokus kepada aspek pendidikan dan mensasarlan pelajar serta PIBG.
6. Memperbaiki dan meningkatkan
program-program tambah nilai khususnya
kepada keluaran hasil pertanian.
Beliau meletakkan harapan agar program-program
tambah nilai hasil keluaran pertanian akan merancakkan aktiviti ekonomi
masyarakat setempat, memperbaiki nilai pasaran hasil pertanian dan
seterusnya menambah pendapatan petani.
Ulasan kami :
Pada masa ini, sektor tradisional (sektor
saradiri) masih meluas. Kita baru
beralih dan bermula kepada sektor aktiviti asas (tanaman eksport – cth: kebun
kecil getah dan kelapa sawit). Sektor tersebut perlu diberi perhatian dan
diperhebatkan. Jangan pula cakap mengenai program tambah nilai,
sedangkan aktiviti ekonomi yang sedia ada, belumpun disentuh.
Membangunkan aktiviti asas, serentak dengan itu menampilkan program tambah nilai,
tentunya suatu rahmat. Ianya baik untuk kita, kita tunggu !
7. Memperkukuhkan semangat perpaduan.
Beliau meletakkan sasaran berikut :-
i.
Memperbanyakkan
pusat-pusat Rukun Tetangga
ii.
Membina
Dewan Pusat Perpaduan di Pekan Tandek yang bernilai RM2.0 juta.
Ulasan kami :
Di Malaysia perpaduan seringkali dikaitkan
dengan kontrak sosial, DEB (pengagihan kekayan), dan perkongsian
kuasa. Isu-isu perpaduan seringkali dikaitkan dengan mengurus sentimen,
hak, sensitiviti, kouta, pemilikan, kekayaan,
kemiskinan, kuasa, lokasi, pembinaan, penyertaan, produk, sektor, taburan,
input, output dan lain-lain.
Persoalannya ialah dalam ruang lingkup P168 Kota
Marudu :-
Apakah
isu-isu bersabit perpaduan yang harus diurus oleh pemimpin?
Memadaikah
rukun tetangga dan dewan pusat perpaduan untuk mengadun kita ke dalam satu
acuan perpaduan? Bagaimanapun, apa sahaja yang baik adalah untuk kebaikan.
Bahagian penutup manifesto
Bahagian penutup manifesto beliau dipenuhi
dengan janji-janji berikut :-
i.
Bekerja
bersungguh-sungguh untuk memastikan
rakyat mendapat kesenangan
ii.
Tidak
ada siapa yang dipinggirkan
iii.
Beliau
menjamin rakyat P168 Kota
Marudu berjaya dan merasai kemajuan pesat dan memiliki masa depan yang cerah.
B. BEBERAPA PERSOALAN
1. Carilah jawapan untuk soalan-soalan ini
:-
·
Wajarkah
usaha beliau ini? Yakni; memperkasa pembangunan di kawasan kita.
·
Pembangunan
yang perkasa. Baikkah
untuk kita?
·
Baikkah
kalau pembangunan P168 Kota Marudu ini seimbang, berdaya saing dan berkekalan?
Jawapan kami : Jawapan umum kami bagi tiga persoalan di
atas ialah BAIK. Itulah sebabnya kita memberikan kemenangan kepada beliau
pada pilihanraya yang lalu dan berusaha mengingatkan pimpinan tentang
manifestonya.
3. Kemudian carilah jawapan bagi
soalan-soalan berikut :-
Apakah agaknya yang dimaksudkan (definisi) oleh
Ahli Parlimen P168 Kota Marudu dengan Memperkasa pembangunan menuju
kepada Pembangunan yang seimbang, bedaya saing dan berkekalan.
Ulasan kami :
Konsep Pertumbuhan berdasarkan agihan dan melahirkan Warga
Malaysia
Minda Kelas Pertama dalam RMK-9
harap turut diambilkira. Walaupun pembangunan kawasan kita perkasa
(katakanlah kita berjaya mencapainya), kalau ia tidak sampai kepada setiap/semua
rakyat atau setiap inchi ruang dalam Parlimen P168 Kota Marudu, kemajuan dan kemakmuran tersebut
tidak akan dapat dinikmati oleh semua rakyat.
4. Kemudian, carilah jawapan kepada soalan
ini:-
Kita
berada di tahap mana pada masa ini? Yakni, sejauhmana kita berada di belakang
atau sejauhmana kita berada di hadapan
·
Kalau
jawapan anda “ kita berada di belakang ”, kenapa tiada atau di manakah plan pembangunan yang
akan membawa kita ke hadapan?
·
Kalau
jawapan anda “ kita berada di hadapan ”, namakan plan pembangunan yang telah membawa kita ke
hadapan. Plan Pembangunan Strategik Matunggong Kah atau Plan Pembangunan
Strategik Kota Marudu Kah yang pernah digembar-gemburkan sejak tahun 2005.
5. Akhirnya carilah jawapan untuk persoalan
berkut :-
Adakah dengan melaksanakan 7 perkara dalam
manifestonya pada
pilihanraya Mac 2008, kita akan mencapai pembangunan yang perkasa, yakni
kita mencapai pembangunan yang seimbang, berdaya saing dan berkekalan?
Jawapan kami :
a. Kami sangat yakin bahawa jawapannya TIDAK.
Dengan hanya melaksanakan 7 perkara ini, MUSTAHIL kita akan mencapai
pembangunan yang perkasa, yakni; pembangunan yang seimbang, berdaya saing dan
berkekalan.
b. Kami sangat setuju bahawa usaha
memperkasa pembangunan kawasan P168 Kota Marudu menuju kepada pembangunan yang
seimbang, berdaya saing dan berkekalan memerlukan plan pembangunan
berasingan yang komprehensif.
Sepanjang penggal ini, kita akan mengupas lebih
mendalam kesunguhan kepimpinan politik Parlimen P168 Kota Marudu dari sudut persoalan
atau isu-isu pembangunan dan komunikasi pembangunan. Banyak lagi isu-isu
pembangunan (terutamanya isu-isu yang mendesak seperti kemiskinan
[kemiskinan mutlak/kemiskinan tegar], isu tanah dan pencerobohan/kerakusan
pembangunan; program pembangunan yang merugikan rakyat P168 Kota Marudu) akan
kami perjuangkan, menyusul selepas ini.
Dalam kesempatan ini, kami mengalu-alukan sokongan
semua lapisan masyarakat supaya turut berjuang bersama kami menegakkan pembangunan
di Parlimen P168 Kota Marudu.
Disediakan oleh : Daniel Kiduta dan Itoh Manggong
Source:
http://suaragong.forumotion.com/The-first-blog-b1/Marudu-Mp-s-Manifiesto-b1-p3.htm