- Pembentukan Bandar
Pembinaan Petempatan Terancang
Orang Momogun mempunyai petempatan terancang. Ada beberapa jenis tempat tinggal dalam masyarakat Momogun Rungus. Rumah yang paling lengkap dan selamat adalah Rumah Panjang. Rumah panjang merupakan satu rumah yang selesa dan paling selamat. Rumah panjang yang belum mempunyai Galzaman (Lzuguan Siou) yang pernah menjaga pesisir pantai biasanya akan di tanam bambu di sekitar perkampungan mereka dan hanya satu jalan masuk saja yang diwujudkan untuk memudahkan mereka mempertahankan kediaman mereka. Sila lihat rujuk sistem pembinaan Rumah Panjang Momogun yang juga merujuk kepada sistem petempatan terancang dan kawasan yang privasi diwujudkan.
Petempatan Kekal Sungguh pun Momogun Rungus salah satu suku yang juga menerokai
kawasan pesisir laut.. namun mereka tahu di mana asal mereka. Mereka
mempertahankan kawasan mereka sehidup semati dan itulah petempatan
kekal mereka. Kawasan rungus terbagi kepada beberapa petempatan kekal
mengikut puak iaitu Puak Pilzapazan, Puak Gonsomon, Puak Nulzuw, Puak
Gandahon, Puak Rungus Kirangavan (kg asal Aki Rungsud), Puak Rungus
Tupak. manakala Rungus yg di luar dari daerah Kudat. Pitas, marudu di
kenali sebagai Rungus Piromitan dan Rungus Tindal Sondot (mereka ini
tertumpu di Beluran, Telupid, Kinabatangan dan Kota Belud).Di Pitas Kg Golzom di Kanibungan merupakan sebuah kg
yg pada zaman dahulu merupakan kelahiran galzaman. Semua Galzaman
Tonsomungon berpencar di seluruh kawasan Pitas utk memintas polipin yg
masuk di teluk marudu. Dengan kerjasama dan saling fahaman yg baik
antara Tombonuvo kebanyakan kawasan Rungus di pitas bersih dari
campurtangan asing.
- Pembentukan Kerajaan Bangsa
Momogun tidak mempunyai RAJA maka tiada sistem ke-RAJA-an. Bangsa
Momogun di pimpin oleh 3 kelompok yang berpengaruh iaitu Bobolizan,
Lzuguan Siou dan Vozoon. Lzuguan Siou adalah orang-orang yang terpilih
iaitu hanya mereka yang sudah melalui ujian khusus. Pada zaman dahulu
terdapat 4 kumpulan yang berdaulat, diakui umum untuk bertanggungjawab
dalam Bangsa Momogun. Kelompok ini di dikenali sebagai lambang
kekuasaan dan kedaulatan Momogun kuno di sekitar Kudat, Pitas, Marudu
sehingga ke Beluran. Kelompok tersebut adalah Rungus Kikoniu, Rungus
Kisada, Rungus Kigobuk dan Rungus Kilzuba. Keempat-empat kelompok ini
adalah lambang kuasa dan kedaulatan Momogun dan mereka inilah yang
bertanggungjawab dalam mempertahankan Tanah Momogun. Lambang Rungus
Kikoniu adalah terdiri daripada Rungus Kirangavan dan Rungus Gandahon,
Lambang Rungus Kisada adalah terdiri dari Rungus Pilzapazan, Rungus
Gonsomon dan Rungus Nulzuw. Manakala Lambang Rungus Kigobuk adalah
terdiri daripada Rungus Tupak dan juga Rungus Pilzapazan. dan Rungus
Kilzuba adalah kelompok yang mengembara di pelusuk negeri dan tidak
dapat di kenal pasti di mana sudah kelompok Kilzuba ini pada hari ini.
Ø Bobolzizan adalah bertugas sebagai Imam yang berhubung secara langsung dengan Kinoringan Mamangun. Bobolzizan tertinggi adalah di panggil sebagai “Bobolzizan Rinovusan. Bobolzizan Rundukan adalah yang kedua tertinggi. Tugas ini merupakan bertujuan utk melupuskan segala dosa-dosa Momogun.
Ø Lzuguan Siou adalah pahlawan-pahlawan yang juga di panggil sebagai “Golzom”, “Galzaman” atau “Onsomungon”. Kelompok ini adalah penjaga-penjaga pantai Tanah Momogun di sekitar Kudat, Pitas, Kota Marudu sehingga ke Beluran.
Dalam Momogun Rungus orang yang paling di kenali ialah Bobolizan Rovusan, Vozoon dan Galzaman Mononsiou (Lzuguan Siou).
Bobolzizan Rovusan merupakan paling berkuasa secara
menyeluruh. Tugasnya ialah dalam sistem keagamaan Labus. Memastikan
tiada pencerobohan dari pihak luar dan jika ada maka Lzuguan Siou akan
menguruskan pencerobohan tersebut. Tugas utama utk jalankan upacara
korban dan dalam semua jenis korban terdapat dua korban yang paling
utama iaitu Raha Mamasi (upacara mamasi) dan Raha Managas (upacara
Managas).
Vozoon adalah ketua dalam setiap rumah panjang.
Segala hukum-hukum adat akan di kendalikan oleh Vozoon (orang tua).
Vozoon akan jatuhkan hukuman atau denda. Vozoon akan di bantu oleh
sekumpulan “momodlzohing” / “gundohing” yang telah matang dalam sistem
adat momogun.
Galzaman Mononsiou (Lzuguan Siou), Galzaman Tonsomungon.
Bertugas khas untuk pertahanan. Galzaman Mononsiou
ini merupakan kumpulan pahlawan tahap tinggi di mana mereka inilah yg
paling di geruni di pesisir pantai. Mereka menjaga pesisiran pantai
teluk marudu dan laut cina selatan. Galzaman Mononsiou ini di bantu
oleh anak-anak muda yang juga memiliki tahap Tonsomungon.
Ketiga kelompok diatas tidak perlu membuat ladang.
Mereka akan di sara oleh penduduk kampung. Kedudukan mereka di hormati
dan berdaulat dalam sistem kesukuan Momogun Rungus.
Undang-Undang
Undang-Undang dalam Momogun adalah bersumber daripada Hukum Gomburon dan Hukum Guraumanuk.. Terdapat 2 tokoh yang menciptakan adat dalam bangsa Momogun iaitu:
Bobolzizan Gomburon
Bobolzizan Guraumanuk
* Undang-Undang tersebut di kenal sebagai “Hukum Gomburon” dan “Hukum Guraumanuk”. Undang-Undang dalam bahasa Momogun di sebut sebagai HUKUM. Manusia boleh menjalankan HUKUMAN.
Sehingga kepada Hukum Guraumanuk masih terdapat lagi hukum-hukum
tambahan berdasarkan hukum guraumanuk dan gomburon. Dalam Suku Rungus
terdapat ramai tokoh yang tersendiri dalam menjalankan dan menambahkan
hukum-hukum dalam masyarakat seperti:
Aki Rungsud - pencipta hukum tanah dan kawasan
Aki Malaun - pencipta hukum dagang
Aki Sumbvanal - pencipta hukum bvadi / tomu
</li>
Wujudnya Organisasi Sosial
Seperti
pada zaman sekarang..wujudnya istilah Taman Perumahan.. dalam sistem
kemasyarakatan Momogun Rungus itu sudah lama di amalkan. Rumah panjang
Momogun dalam saiz biasa ialah 40 pintu - 70 pintu. Sistem itu lebih
kurang sistemnya dengan sistem sekarang. cuma bezanya dalam perumahan2
yg ada sekarang ini apabila di lihat dari perspektif Momogun rumah
teres zaman moden itu tidak memenuhi sistem dalam kemasyarakatan
momogun.
dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rumah panjang
mempunyai ruang khusus utk sembahyang dalam setiap rumah, ada lamin
(bilik suami isteri) yg dindingnya adalah sumbiling yang diikat
rapat-rapat dan boleh di gulung pada masa siang… dan sebagainya
Perkembangan Teknologi
Alatan-Alatan Kesenian & Pengkhususan Pekerjaan
Dalam masyarakat momogun rungus sesuai dengan sebuah
masyarakat yang terlibat dengan hubungan luar momogun rungus mempunyai
sistem tersendiri dalam uruskan produktiviti bangsa mereka.
ada beberapa pekerjaan yang terlibat dalam sistem kebudayaan momogun iaitu:
Ketukangan Logam
Biasanya kelompok ini adalah mereka yang mempunyai ketukangan dalam
mengacu logam yang mereka dapat dengan berdagang dengan sulu dan
brunei. Alat-alatan logam ciptaan momogun rungus adalah seperti:
Dangol
Ginulzuk
Bilzok
Lzambving
Bvinorudan
Vasoi
Lianggi
Karatip
Pais
Sapadang
Ukiran Gong
Gilzingan dan Kinsaran (alat bergerigi utk hancurkan biji jagung jadi)
Dan terdapat banyak lagi jenis-jenis senjata yang di hasilkan 100% menurut kreativiti dan budaya momogun rungus sendiri
Pertukangan KayuMomogun Rungus memang mempunyai kepintaran tersendiri dalam ketukangan
kayu-kayan. Dari pembinaan rumah yang pelbagai jenis, ukiran rotan,
alatan muzik, kraftangan, Gubvang, (perahu kecil) Talzud (perahu),
Kumpit (perahu yang ada atapnya), Lzazag (kapal layar) semua ini orang rungus mempunyai
ukiran tersendiri. Selain daripada itu ada pelagai lagi jenis2
ketukangan kayu dalam masyarakat ini.
Alat-alat kayu ini juga dapat di temukan hasil
kreativiti momogun rungus seperti lesung, lzingkut, goholzu, saging,
saup, tinangabvan, bvozuu, bvinakid dan pelbagai lagi..malah sarung
parang saja pun sudah satu ketukangan tersendiri bagi mereka..
Tenunan KainOrang Momogun Rungus terkenal pada zaman dahulu sebagai pedagang kapas
(sulzanda). Sebelum kedatangan pokok Kapuk yang di bawah british orang2
rungus tidak lengkap sebagai sebuah keluarga kalau tidak ada simpanan
SAKAG SULZANDA (biji benih kapas momogun). Sulzanda adalah tanaman
wajib dalam momogun rungus. setiap perempuan tidak layak di lamar
seseorang kalau tidak tahu menenun sekurang-kurangnya TISU KAPAS
SULZANDA. Kepakaran ini di panggil sebagai MANGAVOL utk menenun
manakala apabila di tenun akan di corakkan. Mencorakkan sesebuah
tenunan di panggil sebagai MONURIP.
Seorang perempuan yang mampu hasilkan corakkan yang
bagus dan corakkan cantik yg sesuai dengan kepercayaan Labus akan di
panggil Sumuni Randavi (gadis pintar). lelaki Momogun Rungus pada zaman
dahulu biasanya akan memilih bakal isteri yang tahu MONURIP (di
rundingkan melalui ibu bapa). Itu sebab pada zaman dahulu seorang
perempuan rungus mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat
apabila di sedari tahap keseniannya melalui MONURIP.
Momogun Rungus juga telah mencipta tisu nipis dari
kain kapas sejak dahulu kala.. dan banyak lagi kesenian momogun rungus
yg sudah di lupakan oleh Momogun rungus sendiri. dalam keadaan yang
terharu kerana kejahilan momogun kepada budaya sendiri saya menyeru
agar pandanglah sekali-sekala masa silam anda dan jadikan ikhtibar.
- Pengkhususan Kerja
Pengkhususan Pekerjaan
Pekerjaan utama pada asasnya adalah bertani sara diri. Ada beberapa jenis ladang dalam Momogun Rungus iaitu:
- Tagad
- Taras
- Gopu
- Kabvun (Dusun buah-buahan)
Sebenarnya tradisi laki dan bini kerja ini dah lama wujud dalam masyarakat rungus.
ini terjadi kerana pada zaman dahulu lelaki biasanya kerja di ladang
padi.. manakala ada keluarga rungus ini yg isterinya sepenuh masa
menguruskan kebun kapas untuk di tenun jadi pakaian. kerja-kerja ini
memang sukar menyulam kain (mangavol) merupakan satu tugas berat..
selepas siap "MANGAVOL" maka kerja seterusnya ialah "MONURIP". Monurip
bermakna "mencorakkan kain yang sudah di sulam dengan pelbagai corak
menurut lambang2 kesenian momogun rungus".
jadi pengkhususan kerja ini menyebabkan orang2 rungus pada zaman dahulu
perlu mengambil pekerja menjaga anak yg di sebut sebagai "KINAMBO"
(Amah).
- Wujudnya Kepercayaan
Agama Labus
Agama adalah sumber peraturan bagi bangsa Momogun. Agama Momogun adalah di kenali sebagai Agama Lzabvus.
Momogun Rungus mempunyai agama tersendiri. Secara umumnya semua
suku-suku di kepulauan Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan) mempunyai
dasar kepercayaan yang sama. Agama Momogun Rungus di susun dengan cara
tersendiri dan agama mereka di kenali sebagai “Agama Labus”. Sila rujuk
http://www.momogun.page.tl untuk maklumat lanjut ttg kepercayaan Momogun Rungus - Agama Labus
- Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Sistem Bahasa & Penulisan
Seperti mana bangsa-bangsa Nusantara yang lain, Momogun Rungus tidak
mempunyai sistem penulisan. Ini kerana sistem pencatatan dalam budaya
Momogun hanya di wariskan secara lisan. Sungguhpun demikian pencatatan
secara upacara tertentu wujud dalam Momogun rungus.
Setiap rumah Momogun Rungus mempunyai “Bvangau” yg bertujuan utk
merakamkan segala kejadian dalam sesebuah rumah secara spiritual.
Apabila memaparkan kembali kejadian tertentu maka sebuah upacara
akan di buat untuk memaparkan kembali kejadian tersebut dengan
memanggil semangat “bvangau” bagi menerangkan kejadian yg berlaku.
Biasanya Bvangau ini akan melaporkan kejadian secara “rundukan” (di
hinggapi). “Rundukan” adalah satu situasi di mana Guvas seseorang di
jadikan oleh semangat lzumaag sebagai "rusod" = takthanya.
Pada kebiasaan normal Guvas adalah taktha HATOD tetapi dalam konteks
ini Guvas di pinjam sebagai taktha suci oleh semangat lzumaag.
“RUNDUKAN” adalah sama dengan situasinya dengan perkataan bahasa Ibrani iaitu “MEREHEPET”
Seperti pada zaman sekarang..wujudnya istilah Taman
Perumahan.. dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rungus itu sudah lama
di amalkan. Rumah panjang Momogun dalam saiz biasa ialah 40 pintu - 70
pintu. Sistem itu lebih kurang sistemnya dengan sistem sekarang. cuma
bezanya dalam perumahan2 yg ada sekarang ini apabila di lihat dari
perspektif Momogun rumah teres zaman moden itu tidak memenuhi sistem
dalam kemasyarakatan momogun.
dalam sistem kemasyarakatan Momogun Rumah panjang
mempunyai ruang khusus utk sembahyang dalam setiap rumah, ada lamin
(bilik suami isteri) yg dindingnya adalah sumbiling yang diikat
rapat-rapat dan boleh di gulung pada masa siang… dan sebagainya.